Teka-teki adakah Saudara Muhammad Untung atau Rugi ?

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

Semoga sihat walafiat hendaknya.

Ketika ini harga emas dan perak mengalami penurunan mendadak. Kenapa penurunan ini berlaku ? Wallahualam, terlalu banyak data bersangkut paut untuk dirumuskan tanpa ada rumusan yang tepat. Spekulasi dan manipulasi yang direncanakan turut memainkan peranan. Harap tiada yang sampai “fed-up”  dengan keadaan yang berlaku. Jangan “give up” ya semua :) .

Jom hari ini admin ingin berteka-teki dengan anda semua. Jika anda dapat menilai secara munasabah kes Saudara Muhammad ini, InsyaAllah anda dapat manfaat dan belajar sesuatu daripadanya.

Harga asal RM18,000
Bulan  Jual Semula Beli Semula Beza
Jan RM17,000
Feb RM16,000 RM1,000
Mar RM16,500
Apr RM16,000 RM500
May RM16,000
Jun RM15,000 RM1,000
July RM16,000
Aug RM15,000 RM1,000
Sep RM15,500
Okt RM15,500 RM0
Nov RM17,000
Dec RM16,000 RM1,000
Total RM4,500

Soalan : Saudara Muhammad telah melakukan transaksi jual beli jongkong emas 100g emas jenama X seperti diatas bermula Januari. Sehingga tamat hujung tahun, beliau masih memiliki 100g emas jongkong tanpa menggunakan kaedah teknik jual beli istimewa tertentu atau menambah modal awal beliau sebanyak RM18000. Andaikan kes jual beli diatas adalah benar. Apakah status untung rugi Saudara Muhammad ? Adakah beliau untung atau rugi atas tindakan beliau ? Jika untung berapakah peratus keuntungan, jika rugi berapakah peratus kerugian beliau.

Admin : Admin percaya kes Saudara Muhammad dapat membantu anda lebih yakin dengan tindakan pelaburan anda. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jangan menyerah   :)

 

 


Cara Mengesan Emas Palsu

Assalamualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi tips mengesan emas palsu. :)

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama. Continue reading


Masih lagi berkaitan Ar-Rahnu

Assalamualaikum,

Salam sejahtera kepada pembaca semua.

Selamat Tahun Baru yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Bagaimana azam 2012? Berapa   banyak objektif 2012 yang telah tercapai? Ke anda tidak berazam apa-apa pun setahun yang lalu. :)

Admin menerima soalan  daripada mereka yang masih tidak faham kepentingan sebenar Ar-Rahnu ini. Sebab itu masih ramai terjebak dalam penggunaan ArRahnu yang tidak sepatutnya. Tiada salah pun fasiliti yang ditawarkan oleh mana-mana ArRahnu ketika ini. Cuma matlamat dan niat penggadai yang selalunya tersasar sekaligus mengakibatkan mereka kerugian kerana tidak memahami bagaimana kegunaan yang sebenarnya. Admin juga ingin membetulkan anggapan sesetengah pembaca yang menyangka admin adalah orang yang bekerja di mana-mana ArRahnu.

Admin juga ingin memberitahu admin tidak ada kena mengena dengan mana-mana Ar-Rahnu namun admin suka menulis dan berkongsi tentang apa sahaja yang admin tahu tentang Ar-Rahnu. Namun admin fikir admin juga ada berkongsi sesuatu yang menarik tentang emas perak dalam blog ini juga bukan?

Berdasarkan pengalaman admin dan juga orang lain, jika anda ingin berjaya dalam penggunaan fasiliti Arrahnu ini  anda harus cuma faham

a) Bagaimana pengiraan ArRahnu beserta upah simpan dan bagaimana juga ingin memanipulasinya. Sangat mudah dan bukannya seperti pengiraan ingin menaikkan roket ke angkasa.

b) Bagaimana ingin mendapatkan harga yang murah barang-barang yang boleh di ArRahnukan.  Ini kerana untuk meminimumkan modal membeli emas ArRahnu. Salah satunya adalah ketika harga dibawah paras 200 DMA seperti artikel admin yang terdahulu atau ada beberapa lagi cara yang lain seperti anda mendulang sendiri emas. Kih kih kih :)

c) Memahami model perniagaan yang boleh digabungkan dengan fasiliti ArRahnu.

Continue reading


Selalu menantikan 200 DMA

Assalamualaikum,

Semoga pembaca semua sihat walafiat hendaknya.

Lama dah admin tak berkongsi sebarang tips and trick yang boleh digunakan untuk menjana sedikit keuntungan dalam jual beli emas ini. Pasti ada yang ternanti-nantikan.

Oklah admin kongsi serba sedikit apa yang admin sudah lakukan dan anda juga turut boleh lakukan. Sudah malas juga nak simpan rahsia-rahsia menjana keuntungan dengan mudah melalui emas ini. Admin akan menceburi bidang baru yang lebih mencabar admin selepas ini. Mungkin lebih banyak tips yang akan disiarkan di website admin selepas ini.

BELILAH KETIKA HARGA RENDAH. Klise kan tips tu.  :)

Seberapa rendah?

Continue reading


Kenyataan Rasmi Public Gold

P/S : Jangan ragu-ragu dengan urusan dengan PG sebab memang tiada janji-janji untuk habuan cepat kaya pun. :)