Assalamualaikum,
Pasti ada yang pertama kali melawat blog emasfairuz.com dan mungkin ada yang berkali-kali juga. Terima kasih Fairuz ucapkan kerana sudi menjengah website yang baru sahaja dilancarkan ini. 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah bermulalah website ini dilancarkan.
Tujuan website ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan minat tentang pelaburan emas mahupun silver. Fairuz adalah salah seorang ejen Public Gold yang berdaftar dan aktif. Atas rasa berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang emas, Fairuz terpanggil untuk turut sama-sama berkongsi melalui medium yang paling popular ketika ini iaitu jaringan web. Pengolahan kandungan website bukanlah bersifat formal tapi lebih berbentuk santai dan dekat kehidupan masyarakat Malaysia agar para pembaca dapat menghadam apa yang Fairuz cuba sampaikan.
Walaupun santai namun terdapat kepentingan setiap artikel yang Fairuz cuba kongsikan.
Oleh itu sekali lagi Fairuz mengucapkan terima kasih pada komen dan pandangan tentang blog Fairuz ini. Semoga kita semua beroleh manfaat tentang pelaburan emas. Jom simpan emas dan perak , sama-sama beringat, sama-sama beruntung.
Mohd Fairuz Din
