Apa Yang Anda Perlu Semak Sebelum Pajak

Assalamualaikum,

Semoga pengunjung emasfairuz.com sihat walafiat dan baik-baik belaka.

Selepas digemparkan dengan kematian Osama Bin Laden pada 2hb Mei, penggemar emas di Malaysia digemparkan lagi dengan berita bahawa Agrobank tidak lagi mahu menerima pajakan gold bar bermula 16hb Mei lalu . Emasfairuz.com sendiri tidak terkejut dengan berita ini sebenarnya kerana telah berlaku sebelum ini dimana selepas Bank Rakyat tidak menerima gold bar, muncul pula Yapeim sebagai tempat pajak utama. Tidak sampai beberapa bulan Yapeim pula menghentikan penerimaan gold bar dan muncul pula Agrobank memulakan perniagaan Ar-Rahnu dan menerima gold bar sebagai barang pajakan. Silih berganti pula sejarah pajakan gold bar di Malaysia ini. Huhuhu

Ketika ini RHB Islamic telah pun memulakan  Ar-Rahnu namun terhad di Kelantan sahaja. Mungkinkah RHB akan melebarkan perniagaan Ar-Rahnu gold bar di seluruh Malaysia memandangkan tiada lagi pesaing utama? . Biarlah masa yang menentukan. Huhuhu

Apapun emasfairuz.com sendiri telah menelefon pihak Agrobank dan mereka memaklumkan mereka tiada tempat lagi untuk menyimpan emas-emas di dalam peti di cawangan mereka. Itulah jawapan formal dari mereka. Jadi tidak baik tuduh-tuduh Agrobank tak cukup duit la, tidak profesional la sebab kalau anda profesional dan banyak duit kenapa pergi pajak emas ? Huhuhuhu

Walaubagaimanapun emas yang dipajak di Agrobank tidak perlu dituntut semula dengan segera sehingga tempoh pajak tamat malah boleh disambung semula sekiranya tempoh pajak tamat. Beruntung anda yang mengetahui rahsia Ar-Rahnu lebih awal.

Apapun ada alternatif tempat lain sebenarnya  untuk memajak. Percayalah. Berlambak-lambak kedai pajak di luar sana. Cuma mungkin anda tidak sedar kerana kedai-kedai ini beroperasi secara kecil-kecilan dan bercirikan konvensional. Kena rajin bertanya dan mencari je la ye.

Apapun emasfairuz.com sudi menasihatkan anda semua mempertimbangkan 5 perkara utama sebelum anda memajak

1. Kiraan upah simpan. Lagi rendah lagi bagus

2. Peratus jumlah pinjaman yang dibenarkan dari nilai marhum. Lagi tinggi lagi bagus.

3. Kebolehupayaan untuk melanjutkan tempoh pajakan. Kalau boleh diperbaharui surat pajak berkali-kali lagi bagus. Tapi berhati-hati kerana ada kedai pajak yang tidak profesional akan menyuruh anda menebus setelah mengetahui rahsia anda yang tidak ingin menebus. Huhuhu

4. Insurans terhadap emas yang dipajak. Takut pula ada peniaga yang tidak jujur merompak kedai sendiri pula. Kes macam ini pun ada la.

5. Nilai segram pajakan. Adalah lebih baik jika kedai pajak tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh  Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia

Oklah, salam emas kepada anda semua.

p/s : Sebenarnya ada sebab anda perlu melakukan pajakan atau tidak. Kadangkala tidak memajak lebih baik dari membuat pajakan. Nantikan nota fairuz tidak lama lagi. Ramai ramal minggu ini harga emas akan meningkat. Jadi tunggu apa lagi. Cepat-cepat hubungi emasfairuz di 0193963165. Nak daftar jadi agen Public Gold pun emasfairuz boleh tolong ajarkan.


 

 


Recent Related Posts

2 Responses to Apa Yang Anda Perlu Semak Sebelum Pajak

  1. mama says:

    salam..saya mama dr usj ..nak bertanya saya nk pajak satu gelang emas saya..kerana memerlukan sikit duit..nak minta pendapat kalau pajak dikedai2 emas berapa lama kita boleh tebus balik..dan bayaran yg kita dapat berapa ya?tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>