Bagaimana perkiraan Ar-Rahnu dilakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Bagaimana anda hari ini? Semoga ceria selalu, sihat fizikal dan sihat kewangan. Fairuz doakan semua yang baik-baik untuk anda semua. Seperti dijanjikan jom kita berkira-kira bagaimana perkiraan dilakukan jika anda menggadai emas anda. Tak sah jika anda memiliki emas anda tidak pernah mencuba menggadai emas anda. Rugi woooo. Tak cuba manalah nak tahu kemanisan menyimpan emas. Hehe

Andaikan anda mempunyai 180 gram emas jongkong 999 / 24 karat dan memajakkan emas anda di Ar-Rahnu Agrobank.

Pertama

Teliti semula jadual Ar-Rahnu Agrobank dibawah

Kedua

Anggaran nilai yang boleh dipajakkan segram emas yang anda miliki adalah tidak tetap dan berubah. Anda boleh merujuk diwebsite http://www.fgjam.org.my/ sebelum anda menuju ke Ar-Rahnu atau anda sendiri boleh menelefon pegawai Ar-Rahnu cawangan berkenaan.

Ketiga

Katakan pada hari itu, harga emas 999 adalah RM159 per gram. Ini bermaksud nilai marhum anda ialah RM 28620. ( 180 gram X RM159 / gram = 28620 )

Keempat

Anda tentukan berapakah peratus pembiayaan yang anda inginkan.  Katakan anda memilih untuk melakukan pinjaman sebanyak 70%. Maka pinjaman adalah RM20034 ( 70% X RM 28620 )

Kelima

Upah simpan anda =  ( Nilai marhum / 100 ) X RM0.75

= ( RM28638 / 100 ) X RM0.75

= RM214.8 sebulan atau RM 1288.71 untuk 6 bulan.

Keenam

Ansuran bulanan ialah RM20034 / 6 bulan  = RM3339 atau anda juga diberi pilihan untuk menyelesaikan sekaligus RM20034 sewaktu penebusan.

Ketujuh

Pada bulan ke 6 jumlah yang perlu anda bayar untuk menebus semula 180g emas adalah sebanyak RM20034 + RM1288.71 = RM21322.71.

Hmmm, bagaimana mudah bukan ?

Perbincangan

1. Upah simpan dikira berdasarkan jumlah marhum bukan jumlah pinjaman anda.

2. Ansuran pinjaman boleh dijelaskan secara bulanan tetapi upah simpan akan dijelaskan pada tempoh akhir pajakan anda iaitu ketika anda ingin menebus semula emas anda

3. Anda boleh menebus emas anda kurang dari 6 bulan dan upah simpan akan dikenakan berdasarkan jumlah bulan yang anda pinjam. Itulah sebabnya upah simpan hanya dibayar pada waktu penebusan emas.  Sekiranya anda menebus pada bulan ke 3 upah simpan dikenakan adalah 3 X RM214.80 = RM644.40.

4. Tindakan pajak yang paling bijak adalah mengurus pinjaman anda supaya mendapat lebihan untung yang lebih baik dari upah simpan yang dikenakan.

5. Untuk lebih hebat, khas untuk pembaca emasfairuz.com pastikan anda melabur semula ke pelaburan yang mampu memberi ROI lebih besar dari 0.75 % X 6 = 4.5 %. Mudah bukan. Keuntungan anda pastinya berganda-ganda ( $$_$$ ). Hehe



Recent Related Posts

20 Responses to Bagaimana perkiraan Ar-Rahnu dilakukan

  1. Allyn says:

    As Salam. Just nak share info…Kita hanya kena bayar penalti RM10.00 jika kita Ar-Rahnu dan tebus pada hari yang sama di Agro Bank..Sekian.

  2. roslan says:

    salam, en fairuz tq byk info sy dpt… tp sy kurang jelas, keuntungan kita adalah hasil daripada nilai marhum ker or upah simpan? sori first time baru tau ttg bisnes nie…

    • fairuz says:

      TQ En. Roslan mengujungi emasfairuz.com. Keuntungan adalah melalui kemahiran penggunaan pinjaman yang diberikan samaada kita mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi daripada jumlah pinjaman dan upah simpan ataupun tidak. Pelbagai cara boleh dilakukan mengikut tahap kemahiran pelaburan dan pengetahuan perniagaan en.roslan sendiri. Pendek kata, kemahiran mengurus pelaburan dan perniagaan sangat penting untuk memanipulasi kelebihan pinjaman Ar-Rahnu ini. Jangan menggadai untuk tujuan sesuatu yang tidak memberi manfaat.

  3. Abdul Halim bin Zulkifli says:

    Bagaimana nak dapatkan artikel2 berkaitan al-Rahnu.

    • fairuz says:

      Saudara Abdul Halim boleh dapatkan artikel-artikel berkaitan Ar-Rahnu menerusi laman web Ar-Rahnu sendiri seperti Ar-Rahnu Yapeim, Bank Rakyat dan Agro Bank.

  4. Allynn says:

    As Salam..Just nak share information. Kiranya nak tukar surat pajak untuk gold bar kena tunggu selepas 11 bulan..untuk Agro Bank..

  5. sarah zainalputeh says:

    assalamualaikum, saya kurang faham.

    apa maksud pinjaman 70% yang Fairuz cakap kan tu ye? dan keuntungan yang kita dapat setiap bulan tu adalah daripada mana

    • fairuz says:

      wassalamualaikum puan Sarah,

      70% bermaksud pinjaman maksimum yang boleh dibuat ialah 70% dari nilai marhum jika kita menggadaikan barang kemas. Nilai marhum ditentukan oleh berat emas (g ) x nilai pajakan segram emas.

      Mengenai keuntungan pula, Puan Sarah boleh tengok artikel saya bertajuk Bagaimana membuat keuntungan dengan ar-rahnu. Bukanlah bermaksud keuntungan tiap bulan, tetapi keuntungan yang berkadar dengan perubahan nilai pajakan segram yang dimaksudkan. Semoga puan Sarah dapat semak semula nota tersebut.

  6. Daniel says:

    Salam En.Fairuz. Saya nak tanya satu soalan jer yang mana hingga sekarang saya masih lagi tertanya-tanya. Saya cuma nak tahu dari manakah saya boleh dapatkan info mengenai harga pajakan yang digunakan dalam pengiraan nilai marhun?

    • fairuz says:

      Salam En Daniel,

      Pengiraan seperti yang dibincangkan adalah standard pengiraan mana-mana Ar Rahnu. Jika En Daniel pernah melakukan proses pajak gadai, beginilah pengiraannya. Tentang nilai pajakan segram ia berubah dan tertakluk pada institusi Ar Rahnu itu sendiri. Ada yang boleh didapati terus dari laman web, ada yang kena berhubung sendiri dengan cawangan sendiri. Apapun nilai pajakan segram selalunya tidak berbeza banyak dari website FGJAM. ( boleh taip di Google )

  7. mukarram says:

    assalam, saya nak minta petunjuk dan panduan, bgmana nk ‘besarkan’ duit dlm masa enam bulan setelah pajakan…takut2 kena tambah duit dari tabung lak masa nk tebus… help help

    • fairuz says:

      Boleh baca entry bagaimana ingin buat keuntungan dari Ar-Rahnu dan juga kekalkan pinjaman gadaian anda pada 65% atau kurang. Jangan anggap Ar-Rahnu tempat meminjam wang tanpa hala tuju.

  8. mashitah says:

    salam….sy nk tanya berkenaan ar-rahnnu yapeim,bagaimana cara pengiraan dibuat, dan rate emas yang terkini di yapeim…dan ape perbezaan diantara bank rakyat,yapeim dan agro bank.tq

  9. sofiya says:

    bg….sy ni bkn org malaysia…..blh ke klau sy n pajak kan emas kt agro bank….emas tu bkn pn bnyk sngt,dlm 50 grm lebih skt je

    • fairuz says:

      saya tak pasti boleh ke tidak. Adalah lebih baik bertanya sendiri ke cawangan ar rahnu yang berkaitan. syarat pajak gadai kekadang mungkin berubah.

  10. nazza says:

    saya baru nak mengenali pajakan emas ini.. bgus tak jika saya mengunakan $$ pinjaman hasil pajak emas dengan membeli emas yang lain. Kemudian jual semula emas yang d beli tadi, pada bulan ke 6 untuk menebus semula emas yang dipajak.

    tujuan beli emas, supaya bila jual dapat lebih sedikit dr harga asal beli emas adakah cara ini boleh mendapatkan hasil pulangan??

    • fairuz says:

      pelbagai cara untuk menghasilkan pulangan bukan sekadar yang dinyatakan oleh saudara. Maksud pulangan ialah apabila tindakan saudara memajak mampu menghasilkan pulangan lebih daripada 0.75*6 = 4.5%. berapa pun lebihan itu boleh dikira sebagai pulangan.

  11. khairul says:

    salam…

    sy berminat hendak mmbuat penyimpanan melalui emas..sy ada baca n meneliti bbrapa penjual emas yg guna sistem ar-rahnu antaranya SE..ada yg mengelirukan jika tidak baca betul2..

    1) sprti kata fairuz..kita kena aware yg sistem 30:70 ni..dimana 30% modal n 70% hutang..ramai yg ingat bila byr 30%,so kita akan dapat emas dan dapat untung..sebenarnya kita kena kira adakah kita mampu bayar 70% lagi tu dlm masa yg ditetapkan??…adakah dalam masa 6 bulan emas akan naik melebihi tangunggan hutang yg kita buat???

    2)Penjual emas tidak highlight ttg hutang tu..mereka hanya tahu jual n dapat duit..hutang pihak kedua yg tanggung..sebab tu ramai yg rasa tertipu….

    pertanyaan:

    harga emas yg dijual agak tinggi dari harga yg dibeli seperti chart yg ada dlm web Hafiz….bolehkah En.hafiz terangkan knapa harga beli begitu rendah?contoh: 10 gram– jual:RM 1,784.00 beli:RM 1,641.0

    apa yang saya faham…bila beli emas untuk simpanan n jual pada kemudian hari..harga emas tersebut harus dilihat pada harga BELI…betulkah en. Hafiz?

    wasalam..

    • fairuz says:

      wassalam, pandangan anda betul. Sistem 30:70 memanipulasi pembeli yang tidak tahu apa-apa tentang dunia pelaburan emas. Biasanya agreement yang anda tandatangani dengan mereka akan dijadikan pelindung oleh penjual jika anda tidak puas hati dimasa hadapan.
      Untuk pertanyaan harga beli rendah kerana spread. Boleh byk artikel saya mengenai spread. Ya, harga emas terus susut ke harga beli tatkala emas sudah pindah milik. Sama sperti kereta yang terus susut 25% walaupun baru sehari membeli. Apapun untuk jangka panjang harga bukanlah sperti harga kereta yang menyusut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>