Assalamualaikum semua,
Semoga pembaca semua sihat walafiat hendaknya.
Emasfairuz ingin berkongsi tips paling mudah pada pembaca yang masih tercari-cari hala tuju dalam pelaburan emas ini. Secara dasarnya ada dua sahaja kategori bentuk fizikal emas yang akan dibincangkan
1. Rantai / Gelang / Cincin emas – sesuai untuk mereka yang bermatlamat menyimpan emas dalam jangka masa panjang melebihi setahun. Sesuai juga untuk mereka yang berniaga dan perlu membuat pusingan modal secepat dan semudah yang mungkin. Juga sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan modal untuk berniaga apa sahaja samada jongkong emas dan perak mahupun perniagaan sendiri melalui kelebihan yang ditawarkan Ar-Rahnu yang telah dibincangkan dengan jelas dalam website ini.
2. Jongkong / Bar / Coin emas atau perak – sesuai untuk mereka yang langsung ingin berniaga sahaja. Kriteria terpenting adalah mendapatkan jongkong/bar/coin yang mempunyai spread yang terendah atau anda beli dari orang perseorangan lain dengan harga yang rendah tetapi menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi kepada pihak ketiga. Beza harga yang anda jual dan harga anda beli itu lah margin keuntungan anda. Tempoh masa mencipta keuntungan ini terpulang pada anda, yang penting anda telah untung daripada transaksi jual beli emas anda.
Emasfairuz berharap tips ringkas dan mudah ini dapat memberi kejelasan dalam pelaburan emas / silver anda dan menjawab pertanyaan yang ditujukan.
P/S : Sekarang cawangan Public Gold telah dibuka dibelakang Ampang Point sama bangunan dengan Gulatis. Pada yang berminat menjadi agen Public Gold jangan lupa hubungi admin
