Emas Fairuz

Cara Mengesan Emas Palsu
Assalamualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi tips mengesan emas palsu.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras

Sumber: Harga Emas Malaysia

Admin : Cubalah satu satu pada emas yang anda simpan

Masih lagi berkaitan Ar-Rahnu
Assalamualaikum,

Salam sejahtera kepada pembaca semua.

Selamat Tahun Baru yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Bagaimana azam 2012? Berapa   banyak objektif 2012 yang telah tercapai? Ke anda tidak berazam apa-apa pun setahun yang lalu.

Admin menerima soalan  daripada mereka yang masih tidak faham kepentingan sebenar Ar-Rahnu ini. Sebab itu masih ramai terjebak dalam penggunaan ArRahnu yang tidak sepatutnya. Tiada salah pun fasiliti yang ditawarkan oleh mana-mana ArRahnu ketika ini. Cuma matlamat dan niat penggadai yang selalunya tersasar sekaligus mengakibatkan mereka kerugian kerana tidak memahami bagaimana kegunaan yang sebenarnya. Admin juga ingin membetulkan anggapan sesetengah pembaca yang menyangka admin adalah orang yang bekerja di mana-mana ArRahnu.

Admin juga ingin memberitahu admin tidak ada kena mengena dengan mana-mana Ar-Rahnu namun admin suka menulis dan berkongsi tentang apa sahaja yang admin tahu tentang Ar-Rahnu. Namun admin fikir admin juga ada berkongsi sesuatu yang menarik tentang emas perak dalam blog ini juga bukan?

Berdasarkan pengalaman admin dan juga orang lain, jika anda ingin berjaya dalam penggunaan fasiliti Arrahnu ini  anda harus cuma faham

a) Bagaimana pengiraan ArRahnu beserta upah simpan dan bagaimana juga ingin memanipulasinya. Sangat mudah dan bukannya seperti pengiraan ingin menaikkan roket ke angkasa.

b) Bagaimana ingin mendapatkan harga yang murah barang-barang yang boleh di ArRahnukan.  Ini kerana untuk meminimumkan modal membeli emas ArRahnu. Salah satunya adalah ketika harga dibawah paras 200 DMA seperti artikel admin yang terdahulu atau ada beberapa lagi cara yang lain seperti anda mendulang sendiri emas. Kih kih kih

c) Memahami model perniagaan yang boleh digabungkan dengan fasiliti ArRahnu.

Point (c) adalah tujuan admin menulis artikel kali ini. Mungkin selepas ini ramai yang akan faham tiada jalan mudah, namun ia tetap mudah jika anda mempunyai ilmu. Peringatan !!! Ilmu adalah sangat penting dalam apa jua tindakan dalam hidup untuk meminimumkan risiko. Jangan sesekali membakul sampahkan kepentingan ilmu.

Kegunaan  ArRahnu pada pandangan admin ialah anda menggadai apabila anda yakin yang duit yang anda gadaikan itu boleh memberi keuntungan setelah ditolak ( jumlah pinjaman gadaian dan upah simpan ).  Jika anda boleh justifikasi benda ini dalam pelan mengapa anda ingin menggadai, maka pilihan menggunakan fasiliti ArRahnu adalah tepat.

Contohnya anda ingin buka perniagaan dimana modalnya ialah RM1000 sebagai permulaan. Anda tiada wang namun anda ada mempunyai  emas  seberat 10 gram emas untuk gadaian dan anda mendapat pinjaman RM1253 beserta upah simpan dikenakan adalah RM13 setiap bulan atau RM78 untuk 6 bulan. Sekiranya ANDA YAKIN BERDASARKAN ILMU bahawa RM1253 ini akan berganda sebanyak RM2506 pada 6 bulan akan datang jika anda teruskan perniagaan online anda sekarang, admin fikir ini bagus kerana anda untung RM1175 ( RM2506 – RM1253 – RM78 ) selepas 6 bulan.

Bottleneck disini ialah perniagaan online anda harus mampu membayar balik jumlah pinjaman RM1253 + upah simpan RM78. Apa-apa lebihan wang dari aktiviti perniagaan online wang anda itulah yang dinamakan keuntungan.  Jika anda boleh membuat pengiraan dan penilaian seperti ini sebelum anda menggadai, maka anda telah sedar akan kegunaan sebenar pajak gadai. Ia membantu untuk perniagaan kecil-kecilan untuk berkembang dengan upah simpan yang rendah berbanding anda menggunakan fasiliti pinjaman di bank-bank biasa.

Banyak lagi antara model perniagaan gabungan yang anda boleh  gabungkan dengan fasiliti ArRahnu seperti

a) ArRahnu + Nasi lemak

b) ArRahnu + Main Saham

c) ArRahnu + Hartanah

d) ArRahnu + Jual Beli Emas Perak

e) Pelbagai lagi dengan syarat anda mempunya ilmu yang sebenar untuk setiap contoh diatas dan bagaimana kreatifnya anda menggabungkan serta memanipulasi ilmu-ilmu yang anda miliki. Ini semua tidak boleh dipelajari dalam masa singkat semalaman.

Sekiranya anda berjaya memahami artikel ringkaas admin kali ini dengan baik, admin percaya anda tidak akan tersesat dalam penggunaan ArRahnu.

P/S:  Admin mengucapkan selamat tahun baru 2013.

Selalu menantikan 200 DMA
Assalamualaikum,

Semoga pembaca semua sihat walafiat hendaknya.

Lama dah admin tak berkongsi sebarang tips and trick yang boleh digunakan untuk menjana sedikit keuntungan dalam jual beli emas ini. Pasti ada yang ternanti-nantikan.

Oklah admin kongsi serba sedikit apa yang admin sudah lakukan dan anda juga turut boleh lakukan. Sudah malas juga nak simpan rahsia-rahsia menjana keuntungan dengan mudah melalui emas ini. Admin akan menceburi bidang baru yang lebih mencabar admin selepas ini. Mungkin lebih banyak tips yang akan disiarkan di website admin selepas ini.

BELILAH KETIKA HARGA RENDAH. Klise kan tips tu.

Seberapa rendah?

Selalunya admin akan cuba mencari ruang dan peluang untuk beli ketika harga dibawah paras 200 DMA. Ya, pada paras inilah harga emas dikira murah. Pada yang tidak mengerti apa signifikasi 200 DMA bolehlah buat carian sendiri di Google ye. Pelbagai pandangan dan takrifan tentang 200DMA ini.

Anda boleh lihat dibawah footer website ini yang memaparkan nilai 200DMA terkini untuk harga emas. Jika harga emas hari ini dibawah harga 200 DMA terkini maka itu adalah peluang terbaik untuk monitor harga turun naik emas lalu membelinya.

TUNGGU DULU !!! Jangan terburu-buru membeli. Walaupun harga harian sudah dibawah paras 200 DMA, biarkan ‘support price’ terbentuk dahulu dibawah paras 200 DMA ini. Setelah anda mengenalpasti ‘support price’ tersebut, barulah anda menyasarkan untuk membeli pada harga ‘support price’ ini.

Bagaimana pula dengan harga silver ? Admin akan membeli hanya pada harga silver yang sewaktu ketika harga emas adalah pada paras “support price” yang admin sasarkan. Pandangan admin pergerakan turun naik silver sangat sukar dijangka namun trending naik dan turunnya pasti mengikut harga emas. Sebab itu admin tidak meletakkan mana-mana sasaran suport atau resistance price untuk silver.

Namun apabila trending harga naik untuk emas bermula, selalunya kenaikan harga silver boleh mencapai 2 kali ganda peratusan kenaikan harga emas.

Apabila amalan yang mudah dibuat berkali-kali sudah pasti tiada sangsi.

P/S : Harga emas dibawah paras 200 DMA berlaku sekitar 2 -3 kali dalam setahun.

Kenyataan Rasmi Public Gold
P/S : Jangan ragu-ragu dengan urusan dengan PG sebab memang tiada janji-janji untuk habuan cepat kaya pun.

Angkara perpuluhan 0.01 – 0.03
Assalamualaikum,

Semoga anda semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Baru-baru ini admin ke Ar-Rahnu Yapeim. Memang mudah berurusan mereka maklumlah tidak ramai yang datang dan urusan pun cepat. Tapi itu sekitar 6 bulan yang lalu. Malangnya  perkhidmatan mereka yang baik tidak disertai dengan peraturan pinjaman yang kadangkala membebankan penggadai ataupun pemberi keuntungan perniagaan mereka sendiri.

Yapeim sudah tidak menerima mana-mana barang kemas yang mempunyai berat +0.01 ke +0.03 daripada nilai berat penuh emas anda. Katakan anda punyai rantai tangan seberat 10.01, 20.03 atau 50.02. Rantai tangan seperti ini tidak lagi diterima oleh mereka atas alasan rantai tangan ini mungkin diperbuat daripada jongkong yang dileburkan dan dibentuk menjadi rantai sebagai tindakbalas atas peraturan mana-mana Ar-Rahnu sebelum ini yang tidak lagi menerima jongkong emas. Mereka hanya boleh menerima barang kemas yang mempunyai bilangan digit perpuluhan selain daripada diatas seperti +0.07, +0.16 atau lain-lain.

P/S : Suka gak gi Yapeim sebab tak ramai orang dan cepat   dan sampai kini masih berfikir mengapa peraturan ini dilaksanakan ketika ini.

Awas : Emas Palsu Berlegar Disekelilingmu.
Assalamualaikum,

Semoga anda semua sentiasa didalam kebahagiaan dan rahmat-Nya.

Adalah penting untuk admin berkongsi akan sindiket emas palsu yang hangat diperkatakan ketika ini. Luar lain dalam nampak lain. Sebenarnya tidak susah untuk mengelakkan dari tertipu asalkan kita tidak mengambil mudah perkara seperti dibawah

1. Belilah dari institusi perniagaan yang sudah diperakui dan bertahan lama seperti kedai-kedai emas dan Public Gold

2. Belilah dari agen yang diperakui seperti admin yang mewakili syarikat Public Gold

3. Jangan berurusan dengan orang perseorangan yang ingin menjual secara peribadi kepada anda dengan harga yang sangat murah. Apapun tidak semestinya jika mereka jual mengikut harga pasaran maka ia adalah emas tulen.

4. Sentiasa dapatkan kad perniagaan penjual ataupun tangkap sekali gambar penjual jika anda ragu-ragu tentang aktiviti mereka. Tapi kalau dah ragu-ragu baik jangan teruskan berhubungan dengan mereka. Beli je dari penjual yang sudah establish macam admin.

5. Jika anda nekad untuk membeli juga, anda perlulah segera kemana-mana kedai uji emas bebas yang menawarkan penilaian emas anda. Juga anda boleh segera ke cawangan Ar-Rahnu untuk membuat pajakan sehari namun dikenakan caj seperti RM20 ( anda harus check semula ). Ajak bersama si penjual. Manalah tahu anda menjadi hero sehari dapat menangkap si penipu emas.

P/S :  Banyak sangat yang palsu pada hari ini

Peraduan Cipta Slogan “Mengapa Anda Suka Emas”
Assalamualaikum,

Promosi julung kalinya daripada Public Gold.

Dengan setiap pembelian RM5000 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk emas dan perak keluaran PG , anda layak menyertai mencipta slogan kreatif dengan memberitahu kami “Mengapa Anda Suka Emas”.Slogan yang paling kreatif akan memenangi hadiah dan perak dari Public Gold.Peraduan mencipta slogan kreatif sempena raya bermula 1 Julai – 30 Ogos 2012 .

Hadiah Pertama : 10 Dinar x 1pcs.

Hadiah Kedua : 5 Dinar x 1pcs.

Hadiah Ketiga : 2 Dinar x 1pcs.

Hadiah Istimewa: 1 Dinar x 5pcs.

Hadiah Saguhati: 10 Dirham x 20pcs.

P/S : Pada yang ada idea slogan menarik jangan lupa kongsi dengan admin ye. Thank you

Dinar didakwa tiada ciri Islam
Dinar didakwa tiada ciri Islam

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

Nik Mahani

KOTA BHARU 24 Jun – Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.

Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.

Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.

“Saya ingin nyatakan di sini, jangan terpedaya dengan kenyataan bahawa KGT adalah memperkenalkan mata wang syariah kerana sejak daripada awal mata wang syariah perlu diletakkan di bawah sultan atau baitulmal.

”KGT sebenarnya ditubuhkan oleh dua orang, kemudian saya dipanggil untuk membantu sebelum saya ‘ditendang’ apabila mereka mendapati saya tidak berguna lagi.

“Syarikat ini ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan, kalau di bawah baitulmal mereka tidak boleh mendapatkan keuntungan, jadi apa KGT buat ialah menjual dinar dan dirham melalui ejen atau wakalah, sekiranya baitulmal yang menempa dinar atau dirham maka rakyat boleh membelinya pada harga kos, maka tidak ada elemen keuntungan,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud skandal salah laku pegawai kanan KGT – syarikat yang mengeluar dan mengedarkan dinar dan dirham Kelantan selepas didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Nik Mahani mendakwa, KGT juga terpaksa membayar royalti antara satu sehingga dua peratus ke atas setiap syiling yang dikeluarkan kepada sebuah pertubuhan antarabangsa kerana menggunakan logo serta mengikut piawaian pertubuhan itu.

Dakwanya lagi, peneraju pertubuhan antarabangsa itu adalah individu yang sama menjadi tulang belakang kepada KGT sebelum beliau dipecat dan dibawa masuk semula untuk jawatan tertentu.

“Pada awal dulu kami menerima cadangan yang diberikan oleh individu ini agar dinar yang ditempa adalah di bawah piawaian pertubuhan tersebut kerana diberitahu bahawa ia adalah penting untuk keseragaman syiling sebab bila kita melangkah pada cara pembayaran elektronik akan lebih memudahkan kita untuk membuat transaksi antarabanga.

“Tetapi saya rasakan kenyataan ini meleset sebab yang dipiawaikan oleh Saidina Umar al-Khattab ialah tentang keberatan dinar dan dirham dan sepanjang kerajaan berkhalifah tidak ada satu syiling yang standard untuk sesuatu khalifah dan tidak ada satu logo pun yang menjadi logo kepada kerajaan berkhalifah semasa itu.

“Ini yang telah dimanipulasikan oleh individu tertentu, saya rasakan sekiranya kita mengambil pendekatan sedemikian kita akan mengambil kesempatan ke atas orang ramai yang tidak faham cerita ini, ia semacam penjajah atas mata wang Islam yang mahu kita bangunkan,” dakwanya yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sistem kewangan Islam serta terlibat secara langsung untuk penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad.

Dakwa Nik Mahani, atas sebab-sebab tersebut beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada awal tahun ini.

“Saya berpendapat KGT telah ditubuhkan atas maksud yang diberikan arah tuju oleh ‘dua orang yang berkenaan sahaja’ dan saya dipanggil untuk beri jasa saya dan apabila keadaan bertukar saya tidak dikehendaki lagi untuk menyumbang tenaga,” dakwanya.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubung salah laku seorang pegawai kanan KGT pada penghujung Januari lalu, Nik Mahani berkata, ia diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan enggan mengulas lanjut.

Apakah Perbezaan Bekerja Makan Gaji dan Menjadi Hamba ?
Ramai antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?

Dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 500-1000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan kita pada hari ini.

1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.

Cuba anda renung-renungkan.. adakah anda sedang bekerja atau anda sebenarnya adalah seorang hamba ?

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Klik Link Asal

Nota admin : Terpulang pada pembaca untuk menilai pandangan beliau yang pada pendapat admin ada kebenarannya. Jujurnya kita semua hamba yang akan kembali padaNya. Biarlah berstatus hamba didunia, tetapi maruah dan agama jangan sesekali tergadai. Yang penting semuanya akan ditinggalkan dan diminta pertanggungjawaban disana nanti.

Bentuk simpanan emas VS profil pelabur.
Assalamualaikum semua,

Semoga pembaca semua sihat walafiat hendaknya.

Emasfairuz ingin berkongsi tips paling mudah pada pembaca yang masih tercari-cari hala tuju dalam pelaburan emas ini. Secara dasarnya ada dua sahaja kategori bentuk fizikal emas yang akan dibincangkan

1. Rantai / Gelang / Cincin emas – sesuai untuk mereka yang bermatlamat menyimpan emas dalam jangka masa panjang melebihi setahun. Sesuai juga untuk mereka yang berniaga dan perlu membuat pusingan modal secepat dan semudah yang mungkin. Juga sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan modal untuk berniaga apa sahaja samada jongkong emas dan perak mahupun perniagaan sendiri melalui kelebihan yang ditawarkan Ar-Rahnu yang telah dibincangkan dengan jelas dalam website ini.

2. Jongkong / Bar / Coin   emas atau perak – sesuai untuk mereka yang langsung ingin berniaga sahaja. Kriteria terpenting adalah mendapatkan jongkong/bar/coin yang mempunyai spread yang terendah atau anda beli dari orang perseorangan lain dengan harga yang rendah tetapi menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi kepada pihak ketiga. Beza harga yang anda jual dan harga anda beli itu lah margin keuntungan anda. Tempoh masa mencipta keuntungan ini terpulang pada anda, yang penting anda telah untung daripada transaksi jual beli emas anda.

Emasfairuz berharap tips ringkas dan mudah ini dapat memberi kejelasan dalam pelaburan emas / silver anda dan menjawab pertanyaan yang ditujukan.

P/S : Sekarang cawangan Public Gold telah dibuka dibelakang Ampang Point sama bangunan dengan Gulatis. Pada yang berminat menjadi agen Public Gold jangan lupa hubungi admin