Kekalkan Pinjaman Gadaian Ar-Rahnu anda pada 65% sahaja.

Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan sihat walafiat hedaknya pada pengunjung semua.

Bagaimana dengan portfolio pelaburan emas anda? Adakah berada dalam terkawal. Harapnya bergitulah ye.

Kali ni admin ingin berkongsi dan memberi pendapat bagaimana anda perlu MENGAWAL pinjaman gadaian Ar-Rahnu anda supaya anda tidak begitu risau akan turun naik harga emas pada ketika ini. Maklumlah jika anda memajak pada harga emas tinggi dan ketika tempoh pajakan tamat dan anda ingin buat tukar surat pajak , tetapi harga segram kurang dari nilai yang perlu untuk anda membuat keuntungan overlap sudah tentu tidak berapa bagus pula. Pada yang masih tidak faham mengapa nota kali ini ditulis boleh rujuk nota terdahulu iaitu bagaimana anda boleh mengunakan teknik tukar surat pajak.

Kiraannya mudah sahaja. Kita andaikan kita mempunyai emas sebanyak 20g dan nilai pajakan segram RM203. Maka nilai marhum adalah RM4060 dan upah simpan adalah RM28.42/sebulan atau RM170.5/ 6 bulan.

Isunya di sini adalah berapa peratus pinjaman yang anda inginkan. 65% ataupun 70% dari nilai marhum.  Sekiranya anda memilih

a) 65% – maka nilai pinjaman anda ialah RM2639 dan jumlah keseluruhan termasuk upah simpan ialah RM2809.50

b) 70% – makan nilai pinjaman anda ialah RM2842 dan jumlah keseluruhan termasuk upah simpan ialah RM3012.50.

Sekiranya anda mencari nilai A, maka kita akan mendapat

a )  A perlu lebih besar dari RM216 untuk 65%

b ) A perlu lebih besar dari RM231 untuk 75%

Rasionalnya disini untuk mengekalkan 65% atau kurang nilai pinjaman dari nilai marhum adalah untuk mengawal supaya jana keuntungan melalui Ar-Rahnu seperti nota sebelum ini berjalan dengan lancar. Jika kita perhatikan parameter yang berubah untuk mencari nilai A hanyalah jumlah peratus pinjaman.

Pinjaman 65% memerlukan kenaikan nilai pajakan segram sebanyak 6% ( dari RM203 ke RM213 untuk tempoh 6 bulan )  manakala pinjaman 70% memerlukan kenaikan nilai pajakan segram sebanyak 13.8% ( dari RM203 ke RM231 untuk tempoh 6 bulan ) .Ini bermakna kenaikan peratus yang diharapkan untuk nilai pajakan segram jika meminjam pada 70% adalah dua kali ganda berbanding pada 65%.

Berikutan nilai turun naik emas ada kemungkinan yang kenaikan segram sebanyak 13.8% seperti yang diharapkan selepas 6 bulan agak sukar memandangkan setahun kenaikan purata emas sekitar 25% ( ataupun 12.5% setengah tahun ). Cara mengekalkan pada kadar 65% pinjaman adalah lebih baik untuk mengawal tujuan pajak gadai anda.  Apapun keputusan masih ditangan anda.

Sebagai rekod nilai pajakan emas 999 untuk Agrobank berubah dari RM165.8 ( Feb 2011) ke RM176.50  ( May 2011 ) dan seterusnya RM203 ( Ogos 2011 ) pada ketika ini. Anda boleh mencuba mengira sendiri peratus kenaikan ini.

Mengawal adalah lebih baik dan menunjukkan kebijaksanaan kita merancang matlamat kewangan kita.

P/S : Jika anda tidak melakukan kawalan seperti ini, mana mungkin ada perniagaan membeli surat pajak :D

 


Recent Related Posts

2 Responses to Kekalkan Pinjaman Gadaian Ar-Rahnu anda pada 65% sahaja.

  1. rahim says:

    Assalammualaikum…sy ingin bertanya…adakah nilai gadaian utk bank rakyat dan bank agro berbeza… 2.bagaimana kita nak tahu nilai gadaian semasa…3.bagaimana perbezaan antara gadaian agro dgn bank rakyat…mana yg lebih untung….mintak maaf sbb hsy bharu nak ceburi arrahnu ni…harap dpt penjelasan…tq

  2. aji amid says:

    akum.pertanyaan adakah menerima gadaian hartanah dan mana cawangan yang terima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>