Assalamualaikum,
Semoga pembaca emasfairuz.com sihat sejahtera dan dirahmati oleh-Nya
Diam tak diam dah sampai bulan Mac 2011. Kali ini Fairuz nak menulis tentang spekulasi yang hangat di dunia pelaburan emas dan silver. Lupa pula, mulai nota ini, Fairuz akan menggunakan istilah Silver berbanding Perak.
Ya, debat nisbah ini makin lama makin hangat setiap hari. Pada yang masih kurang jelas, ia bermaksud nisbah kenaikan harga emas dituruti kenaikan harga silver. Sebagai ukuran pada hari ini harga emas ialah USD 1440 per ounce manakala Silver pula USD 36.5.Maka nisbah ialah USD 1440 : USD 36.5 ataupun 39 : 1.
Ada yang berkata nisbah ini akan menyusut tidak lama lagi? Apakah maksudnya dan kepentingannya? Ia bermaksud harga Silver akan mendekati harga Emas. Kalau boleh nisbah 39:1 tu akan mengecil mungkin menjadi 30:1 , 20:1 malah ada pelabur tegar mengatakan 10 : 1 ?
Apakah kesimpulannya, ini bermaksud harga Silver mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kenaikan yang lebih tinggi berbanding sekarang !!!!
Ada pendapat yang mengatakan harga Silver pada abad sekarang adalah terlalu murah berbanding era 80-an. Jika anda perhatikan betul-betul graph kenaikan harga Silver dunia, ia pernah mencecah USD 49.45.
Pelik bukan ? Bagaimana harga zaman dahulu lebih mahal daripada zaman sekarang sedangkan apa sahaja di dunia ini telah menjadi mahal berbanding zaman dahulu. Contohnya belanja perkahwinan. Oooops, silap topik pula ye.
Memang benar belanja perkahwinan menjadi kayu ukur inflasi paling hampir kerana majlis perkahwinan melengkapi semua kehendak manusia. Belanja makanan, belanja pakaian, belanja photographer, belanja wang hantaran malah belanja tok nikah pun meningkat. Huhuhu
Jika anda amati harga komoditi dunia semuanya telah melepasi paras rekod dunia masing-masing tidak kiralah emas, tembaga, platinum, palladium, minyak mentah, kelapa sawit, getah, bijih timah. Tidak kah anda sedar bahawa Silver masih belum melepasi paras tertinggi yang dicatatkan pada akhir 70-an. Sejak dua tahun kebelakangan ini harga Silver telah pun meningkat melebihi 150% ataupun purata 75% setahun ( $_$ )
Baiklah ini pendapat Fairuz je bak kata omputih My Two Cents opninion. Hehehe. Jika kita amati kadar nisab wajib mengeluarkan zakat emas dan silver ialah 85 gram dan 595 gram masing-masing. Pada yang masih tidak mengetahui bagaimana perkiraan ini bolehlah merujuk ke link ini http://emasfairuz.com/zakat-emas-dan-perak/
Nisbah tersebut emas : perak ialah 85 gram : 595 gram atau 1 : 7. Walaupun ramai berpendapat nisbah yang kecil ini adalah mustahil terjadi kerana mengikut sejarah harga emas dan silver dunia nisbah Emas dan Silver sentiasa dibawah paras 1 : 40. Apapun Fairuz tertarik dengan artikel yang Fairuz baca. Sila klik link ini http://www.rapidtrends.com/silver-to-gold-ratio/
“The clear lesson from history is that we can expect silver to drop faster than gold during a recession, and silver will rise faster than gold during a bull market in the metals.”
Trend sekarang ialah bull market.
Ya, nisbah emas silver pernah mencatat 17 : 1. Hebat bukan? Anda boleh kaji sendiri bagaimana nisbah ini berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa. Lihat bagaimana nisbah ini makin mengecil saban tahun.
Jika kita mengukur berdasarkan panduan zakat emas dan perak, tidak mustahil nisbah 1 : 7 mungkin boleh terjadi. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia perlulah mencari hikmahnya. Apapun sekarang ialah trend bull market dan silver appresiasi mengatasi emas.
P/S : Dalam pelaburan, laburlah mengikut trend semasa. Trend dunia sekarang ialah emas dan silver. Namun dua tahun berturut-turut silver ‘outperforming’ emas. “Diversify” pelaburan anda jika anda masih tidak pasti kerana itulah langkah paling selamat. Hubungi Fairuz segera. Huhuhu




You can definitely see your enthusiasm in the paintings you write. The world hopes for even more passionate writers such as you who are not afraid to say how they believe. At all times go after your heart.