Salah Faham Mengeluarkan Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum pembaca semua,


Bagaimana ibadah puasa tahun ini? Semoga semua amalan kita diterima. Ingatlah Allah mengetahui segala niat amalan yang kita lakukan walaupun sebesar zarah sekalipun. Bulan Ramadhan cukup istimewa kerana dibulan inilah kita melakukan  empat daripada lima rukun Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam. Telah dijanjikan segala amalan pahala puasa di bulan ini adalah hak Allah S.W.T semata untuk memberikan ganjaran.

Admin berkesempatan menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Admin ada juga mengikuti perbincangan perlu atau tidak kita keluarkan zakat emas sedangkan emas yang kita ada asyik pegang sekejap-sekejap je. Keliru pula ya. Malah lebih teruk  ada yang mentafsir sendiri kepentingan zakat dengan tidak mahu mengeluarkan zakat emas dan perak. Ingatlah, menunaikan zakat adalah rukun Islam dan sama pentingnya dengan solat mahupun rukun Islam yang lain.

Terdapat dua kes bagaimana aktiviti perniagaan emas dan perak dikenakan zakat.

1. Kes pertama adalah seperti notafairuzsebelum ini yang lebih kepada emas dan perak yang dipunyai atau disimpan akan dikenakan zakat  jika cukup syarat dan haul.

Klik : Zakat Emas dan Perak

2. Kes kedua ialah zakat yang dikenakan akibat aktiviti jual beli emas dan perak sepanjang tahun. Admin percaya ramai yang dalam kategori ini bukan? :D

Bagi kes yang kedua, anda perlulah mencatit segala keuntungan aktiviti  jual beli emas perak sepanjang setahun dan menunaikan 2.5% dari jumlah keuntungan yang anda perolehi. Ini tidak disebut zakat emas perak tetapi zakat pendapatan.

Anda berniat berurusniaga sebanyak rm10k untuk jual beli emas dan katakan haul yang anda niatkan (INGAT ANDA NIATKAN HAUL ANDA SENDIRI ) adalah dari bulan Ramadhan tahun 2010 ke Ramadhan 2011. Sepanjang tempoh tersebut anda telah mencatat keuntungan jual beli sebanyak RM2k, maka nisab zakat yang anda perlu tunaikan adalah 2.5% dari keuntungan rm2k tersebut. Dalam erti kata mudah, anda perlu mencatat segala keuntungan BUKAN modal di sepanjang tempoh haul yang anda niatkan sendiri. Anda boleh juga tolak sebarang kos yang anda keluarkan sepanjang anda berjual beli. Seumpama anda menguruskan perniagaan anda sendiri, keuntungan bersih selepas itu anda menunaikan zakat perniagaan.

Admin berharap pembaca sekalian faham apa yang cuba dikongsikan. Jika terdapat keraguan boleh bertanya terus dengan pegawai pusat zakat dan perbincangan disini amat dialukan. Adalah lebih baik kita menanamkan azam untuk mencatat keuntungan lebih tinggi. Lagi tinggi keuntungan lagi banyak kita dapat menunaikan zakat dan membantu ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia amnya. Tidak rugi pun berzakat bagi orang yang beriman kerana firman Allah S.W.T

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hanti. “ (Qs. Al-Baqarah : 277)

emasfairuz.com : Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung emasfairuz.com. Andai ada tersinggung rasa melalui bahasa, semua kelemahan adalah dari admin sendiri. Take care and enjoy our Aidilfitri.  :)


Recent Related Posts

2 Responses to Salah Faham Mengeluarkan Zakat Emas dan Perak

  1. yuli says:

    Ass..wr.wb

    Alhamdulilah…atas artikel…artikelnya..
    Banyak membantu sy dlm pemahaman islam..yg lama..sy tdk tahu…
    Mohon penjelasan nya untuk zakat…emas..lebih mendetail…

    Apakah zakat itu saya klrkan..bersmaan…dengan zakat…pendapatan..atau gaji saya tiap bulan nya..atau bagaimana..

    Terima kasih…atas…penjelasan nya

    Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>