Assalamualaikum,
Semoga anda sihat belaka hendaknya.
Kesedaran orang awam terhadap emas dan perak sangat menjadi-jadi di saat ini. Maklumlah dah itu naik, ini naik, gaji tak naik-naik tentulah kelam kabut dibuatnya bila memikirkan beban kewangan yang ditanggung. Sebenarnya anda jangan salah faham, terlalu banyak pelaburan yang anda boleh laburkan selain emas dan perak tetapi jangan sekali-kali lupakan asas pelaburan iaitu pulangan pelaburan.
George Soros pun ada berhujah “Laburlah dalam apa-apa sahaja pelaburan tetapi akhirnya aku hanya mementingkan pulangan pelaburan”. Anda nak melabur dalam saham syarikat paku ke, beli tanah di hujung hutan ke, beli palladium ( pernah dengar tak ni? ) ke, labur dalam penternakan ikan arowana di Bukit Gambang Perak ke, yang penting apa pulangan anda? Banyak atau sikit ? Sanggupkah anda menerima lambat atau cepat kecairan dalam setiap pelaburan itu.
Hangat pula diskusi sana sini mengatakan yang kalau kita pajak emas akan rugi dan tak untung banyak disebabkan upah simpan dan macam-macam lagi. Itulah pening pula kalau kita ikuti satu persatu hujah .
Jom Fairuz pun nak kongsikan pandangan. Pandangan Fairuz mudah je. Tak perlu pening2. Pastikan apa yang anda lakukan dengan wang yang anda pajak itu mampu :
1. Bayar balik upah simpan dan jumlah yang anda pinjam
2. Digunakan untuk sesuatu yang memberi anda keuntungan yang anda pasti lebih baik dari upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu.
Hanya berpegang kepada dua prinsip ini, InsyaAllah matlamat kewangan anda mengapa anda memajak emas anda akan lebih jelas.
Katakan anda pajak di Agrobank dan upah simpan adalah RM0.75/100 ini bermaksud kadar faedah yang anda perlu bayar adalah 0.75% setiap bulan. Dan anda memajak emas selama 6 bulan katakan. Maka kadar faedah ialah 0.75% x 6 = 4.5% per 6 bulan
Apakah signifikasi angka ini? 4.5% per 6 bulan
Bermaksud jika anda menggadaikan emas untuk mendapat keuntungan LEBIH BESAR dari 4.5% per 6 bulan ataupun 9% per 12 bulan maka anda dalam kedudukan yang sangat tepat dengan matlamat tujuan anda menggadai emas tersebut.
Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam ASB iaitu 7% setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9 % setahun.
Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam Unit Trust iaitu 15% setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9 % setahun. Ada untung disitu ye.
Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus melancong ke London ? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9 % setahun. Ntah-ntah tak mampu tebus semula sama sekali. Huhuhu
Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam pelaburan Silver iaitu mungkin melepasi minimum 50 % setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9 % setahun.
Dalam masa yang sama semua kes diatas, harga emas turut meningkat. Lagilah berganda-ganda keuntungan anda. Tiada yang lebih penting selain strategi dan matlamat pajak gadai emas anda itu.
Harap perkongsian Fairuz ini membolehkan anda faham mengapa anda perlu memajak emas anda. Janganlah memajak tanpa ada keperluan sekadar ikutan tanpa ada ilmu. Semoga anda semua berjaya dalam matlamat kewangan anda.
P/s : Pelaburan emas adalah pelaburan kreatif. Tiada siapa pun dapat membataskan keuntungan anda. Anda sendirilah yang perlu mencipta ruang keuntungan. Pucuk pangkalnya, anda perlu memiliki emas sebelum anda ingin mencuba dan mengurangkan risiko kerugian yang mungkin anda akan alami apabila ingin mencuba pelaburan atau perniagaan lain.

boleh sshare artikel from ur site. later saya akan letak credit ke emasfairuz.com
Boleh sangat. No problem:)